Kaedah Penyelesaian Masalah
Manusia sebagai hamba Allah menghadapi masalah dalam pelbagai bentuk dan rupa yang memerlukan penyelesaian . Ada masalah yang boleh di selesaikan dengan menggunakan akal fikiran logic, ada yang memerlukan pendekatan agama, dan ada juga yang memerlukan pendekatan secara perasaan dan kreatif.
Masalah Dan Isu
Masalah dan isu perlu diberi perhatian dan jalan penyelesaian hendaklah dicari secepat mungkin. Masalah perlu menyelesaian dengan segera, manakala isu perlu ditangani dengan berhati-hati.
Terdapat 4 ciri penting untuk membantu manusia untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan.
Ciri pertama adalah motivasi yang kuat. Dalam ciri ini, seseorang akan mengyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segala tenaga yang ada pada diri mereka. Mereka bersikap positif dan tidak mudah mengaku kalah. Mereka sentiasa mempercayai bahawa kehidupan mereka akan lebih baik daripada sekarang.
Ciri yang kedua adalah trait yang positif. Dalam ciri ini, seseorang menyelesaikan masalah dengan menggunakan emosi yang stabil. Penyelesaian masalah mestilah cerdik dan pintar. Mereka juga tidak mudah gentar dan mempunyai kepintaran yang mencukupi untuk memahami dan menangani isu-isu.
Ciri yang seterusnya ialah jati diri. Seseorang tersebut mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul.
Ciri yang terakhir ialah membina kemahiran. Dalam ciri ini, manusia akan menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai teknik dan model. Kemahiran tersebut dipelajari melalui kursus dan menghadiri bengkel-bengkel pengurusan masalah.
Dalam kategori masalah terdapat enam jenis, iaitu misteri, tugasan, kesukaran, peluang, tidak pasti(puzzle) dan dilema. Misteri merupakan situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku. Kita tidak dapat menerangkan situasi tersebut dengan menggunakan akal fikiran. Tugasan merupakan kerja yang perlu dilakukan dengan jelas memperincikan kriteria-kritiria yang perlu dimasukkan ebrserta dengan objektif pencapaian. Tugasan tersebut memerlukan teknik-teknik tertentu untuk mencapai matlamat dan juga kontrak di antara ketua dengan ahli kumpulan. Dalam kategori masalah kesukaran, seseorang akan menghadapi masalah yang rumit, mencabar dan kompleks. Kesukaran berlaku mungkin disebabkan oleh tidak tahu situasi tersebut atau sumber-sumber yang terhad. Peluang merupakan perkara yang terpenting kerana akan membawa keuntungan. Kita akan mengambil kesempatan untuk mengeksploitnya supaya mendatangkan keuntungan. Dalam kategori masalah tidak pasti, kita akan tidak pasti dengan jawapan tersebut walaupun kita sudah jawapkan. Kita akan mengkaji segala kekaburan untuk menyelesaikan ketidakpastian tersebut tetapi terdapat sesetengah masalah kita tidak dapat menyelesaikannya. Dalam kategori masalah dilema, situasi tersebut amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya. Dilema tidak dapat diselesaikan melalui komputer tetapi ia memerlukan penyelesaian kemanusiaan.
Model Penyelesaian Masalah Secara Saintifik Dan Logik
Langkah 1: Mendefinisikan masalah
Langkah ini adalah langkah yang penting kerana dalam langkah ini akan memberikan pelbagai penantayaan. Masalah tersebut perlu didefinisikan secara sistematik dan kita perlu mengenalpasti masalah tersebut dalam keadaan "mind set" supaya masalah tersebut dapat diselesaikan.
Langkah 2: Mengkelaskan masalah
Langkah ini akan mengkelaskan masalah dengan mengikut tahap risikonya ataupun mengikut kategori masalah. Ini akan memudahkan kita menyelesaikan masalah tersebut.
Langkah 3: Tentukan Objektif
Kita perlu menentukan objektif yang hendak dicapai mungkin dalam jelas, mudah faham dan praktikal.
Langkah 4: Tentukan ukuran kejayaan
ukuran kerjaya menentukan standard yang akan menjadi pengukuran tentang kerjaya dalam penyelesaian masalah.Kritikal kerjaya perlu dipastikan sebelum penyelesaian dimulakan.
Langkah 5: Kutipan data
Penyelesaian masalah secara logikal memerlukan oroses pengumpulan data yang berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan. Kita perlu mengenalpasti maklumat yang diperlukan dan bagaimana hendak mendapatinya. Kita juga perlu mengenalpasti prosedui untuk mengumpul maklumat yang tercicir. KIta perlu mengenalpasti juga punca bagaimana hendak menerbitkan maklumat. Kita juga perlu menstrukturkan maklumat supaya senang difahami. Kita perlu membina opsyen untuk membuat keputusan berdasarkan kepada maklumat dan data yang dikumpul.
Langkah 6: Membuat keputusan
Selepas memilih opsyen berdasarkan maklumat yang dikumpul, kita akan membuat keputusan untuk memilih opsyen yang paling tepat. Keputusan tersebut perlulah keputusan yang efektif.
Langkah 7: Melaksanakan keputusan yang diambil
Dalam langkah ini adalah lebih mudah dilaksanakan. Hal ini disebabkan semua proses tindakan telah dihuraikan di dalam opsyen yang perlu dilaksanakan. Terdapat beberapa perkara yang harus diambil kira semasa melaksanakan keputusan seperti keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.
Selepas melakukan langkah-langkah tersebut, kita perlu membuat penilaian ke atas proses yang dijalankan dalam langkah tersebut. Kita perlu memastikan langkah tersebut dilaksanakan dengan baik atau sebaliknya.
Penyelesaian Secara Saintifik
Dalam menyelesaikan masalah secara saintifik, kita perlu mengadakan hipotesis untuk mengesahkan sama ada betul atau tidak. Seterusnya kita akan mengumpulkan maklumat dengan kaedah tidaksaintifik. Kemudian kita akan membuat kesimpulan selepas mengumpul maklumat yang mencukupi.
Penyelesaian Secara Kreatif
Dalam penyelesaian ini, ia tidah bersifat kritikal, analitikal dan vertical/sehala. Terdapat 6 topi berfikir yang harus dipakai satu lepas satu secara berasingan oleh seseorang/ secara berkumpulan, iaitu topi hijau yang melambangkan pemikiran kreatif dan subur, topi kuningyang melambangkan pemikiran positif dan konstruktif, topi putih yang melambangkan pemikiran objektif, topi hitam yang melambangkan pemikiran negatif dan kritikal, topi merah yang melambangkan pemikiran emotif dan topi biru yang melambangkan langit di atas.
Penyelesaian melalui perasaan
i) Kebolehan mengetahui emosi sendiri
ii) Kebolehan dalam pengurusan emosi
iii) Kebolehan meningkatkan motivasi
iv) Kebolehan kebolehan mengenal emosi orang lain
v) Kebolehan menjalin persaudaraan
Penyelesaian secara Islam.
Penyelesaian masalah secara Islam mempunyai dua pendekatan iaitu pendekatan hukum dan juga pendekatan sufi.
Pendekatan Hukum.
Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Pendekatan hukum ini berdasarkan al-Quran dan al-Hadith. Kita semua wajib mematuhinya dan mentaatinya melainkan atas sebab-sebab tertentu seperti :
1. Darurat
2. Penyakit
3. Gila
4. Pengsan
5. Usia tua
6. Cacat mental
Pendekatan Sufi
Pendekatan sufi dianggap bersifat moral dan spiritual. Pendekatan hukum dianggap bersifat tegas tetati pendekatan sufi bersifat lembut dan lunak.
Penyelesaian masalah secara Islam mempunyai dua pendekatan iaitu pendekatan hukum dan juga pendekatan sufi.
Pendekatan Hukum.
Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah merupakan bentuk pendekatan Islam yang bersifat rasional dan intelektual. Pendekatan hukum ini berdasarkan al-Quran dan al-Hadith. Kita semua wajib mematuhinya dan mentaatinya melainkan atas sebab-sebab tertentu seperti :
1. Darurat
2. Penyakit
3. Gila
4. Pengsan
5. Usia tua
6. Cacat mental
Pendekatan Sufi
Pendekatan sufi dianggap bersifat moral dan spiritual. Pendekatan hukum dianggap bersifat tegas tetati pendekatan sufi bersifat lembut dan lunak.